Sunday, October 31, 2010

expo broadband pdg merdeka






Broadband pastinya bukan sesuatu yang baru di abad ini. Malah hampir semua kita memilikinya dan membawanya ke mana kita pergi. Ianya telah menjadi trend semasa, menjadikan masyarakat kita hari ini penuh berinformasi dan berdaya saing, segala maklumat, ilmu pengetahuan itu ada di hujung jari anda. Tiada alasan lagi bagi kita untuk mengatakan tidak tahu. Samada kita tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu. Apa-apa pun perkembangan teknologi zaman ini, masyarakat yang berada di luar bandar masih agak terkebelakang dari masyarakat di bandar kerana masalah jangkauan internet yang agak terhad. Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana baru-baru ini atas usaha murni memperluaskan penggunaan internet ke kawasan luar bandar. Semoga ianya dimanfaatkan sepenuhnya. Masih ingat kisah 'breadbond' daripada seorang kawan...sering membuat ku senyum sendiri...

No comments:

Post a Comment