Ini bukan pertama kali kunjungan ke Bandaraya Miri. Namun, ia adalah pertama kali berkunjung ke Kampung An-Nur, Pujut, Bandar Baru Permyjaya dan Kampung Luak. Rata-rata penduduk (golongan berumur) yang ditemui mempunyai daya inisiatif untuk mempertingkatkan usaha demi kepentingan penduduk dan generasi yang akan datang. Penduduk disini mempunyai daya saing yang hebat, terdedah dengan arus kemajuan, fikiran terbuka yang menjadi pemangkin untuk mereka terus maju ke hadapan.
Hari ini aku terfikir, apa yang terjadi dalam kehidupan semua insan yang bergelar manusiadi muka bumi ini bukanlah kebetulan. Apa yang berlaku mempunyai alasan tersendiri, terpulang kepada kita untuk menilainya..untuk belajar dari kesilapan, tidak berbuat apa-apa, putus asa atau berfikiran secara positif dan berusaha untuk memperbaikinya........
Perjalanan dari Lubok Antu (9.00 pagi) ke sempadan Indonesia terpaksa menempuh perjalanan yang sukar iaitu melalui jalan ladang kelapa sawit yang berbatu dan tidak rata.Jika jalan baik perjalanan hanya mengambil masa 20 minit. Tiba di sempadan Malaysia-Indonesia Barat..terus hati ini berdetik "ini jalan tikus rupanya". Menurut mereka, ada lebih kurang 5 jalan tikus di kawasan tersebut. Perjalanan dari sempadan ke Kacamatan Badau amat mencabar..memang pandai orang disini mengendalikan kenderaan. Jalan tanah merah, dalam suasana hujan renyai, lopak dan dikelilingi hutan, hanya orang yang ada pengalaman dapat membayangkannya. Tiba di Pekan Badau...suasana lain dan rupa orang disekitarnya pun lain..memang pada 'first impression' pastinya orang disini tuturnya Indonesia...tetapi tekaanku sama sekali salah..mereka bertutur Iban. Malah di kenderaan (lori) tertulis 'Age Igup age Ngelaban'....Tepat jam 11.30 tiba di Tangit Satu, iaitu kampung asal ibuku....suasana kampung yang jauh dari bandar, memang agak ketinggalan. Lalu aku terfikir..half of me is Indonesian.......