Sunday, October 31, 2010

sepandai-pandai biawak mencari mangsa akhirnya.......tumpas jua


Biawak adalah reptilia zaman dinasour / pre historic reptilia yang masih wujud hingga ke hari ini. Antara 'teman seangkatan' nya adalah biawak dap, komodo dan buaya...namun dapatkah kita bayangkan suasana alam di zaman dinasour????Kisah biawak ini, ia telah ditangkap ketika sedang mengendap di reban ayam, bersedia untuk mencari mangsa, tetapi akhirnya ia sendiri menjadi mangsa. Berdasarkan cerita penduduk setempat, biawak ini telah memakan ayam dan kucing di kawasan tersebut...ini menjadi alasan mereka untuk menumpaskannya. Sebenarnya biawak ini menghadapi rantaian makanan yang tidak lengkap di mana ia terpaksa memakan ayam dan kucing demi untuk hidup..apa-apa pun biawak ini dan yang bergelar haiwan adalah tidak berakal. Just wondering...bagaimana jika manusia diberi gelaran 'biawak hidup'....apa maksudnya?

Mari Bersenam


Memang telah menjadi rutin harian, pagi minggu yang indah (jam 7.30-8.00 pg) akan dimulakan dengan aktiviti berjogging. Banyak kebaikan jogging ini iaitu dapat mengekalkan kesihatan, menambahkan stamina di samping dapat menghirup udara segar di waktu pagi dan dalam masa yang sama dapat menghilangkan stress...ini yang saya alami..Tapi saya tertanya-tanya apa bezanya jogging diluar dengan menggunakan 'treadmill'. Jawapan saya..saya lebih menyukai jogging di luar sambil menikmati alam ini....

expo broadband pdg merdeka






Broadband pastinya bukan sesuatu yang baru di abad ini. Malah hampir semua kita memilikinya dan membawanya ke mana kita pergi. Ianya telah menjadi trend semasa, menjadikan masyarakat kita hari ini penuh berinformasi dan berdaya saing, segala maklumat, ilmu pengetahuan itu ada di hujung jari anda. Tiada alasan lagi bagi kita untuk mengatakan tidak tahu. Samada kita tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu. Apa-apa pun perkembangan teknologi zaman ini, masyarakat yang berada di luar bandar masih agak terkebelakang dari masyarakat di bandar kerana masalah jangkauan internet yang agak terhad. Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana baru-baru ini atas usaha murni memperluaskan penggunaan internet ke kawasan luar bandar. Semoga ianya dimanfaatkan sepenuhnya. Masih ingat kisah 'breadbond' daripada seorang kawan...sering membuat ku senyum sendiri...

seafood

Siapa yang tidak meminati makanan laut atau seafood? Seafood adalah makanan yang agak mahal, namun kita tidak kisah kerana kini masyarakat mampu menikmatinya. Pada 30 Oktober 2010, saya menikmati seafood di Seafood Pending...menu: sea cucumber soup, siakap sweet n sour dan mix vegetables. Ketika memesan makanan..amoi tersebut bertanya "itu sweet and sour sama itu tiga rasa bukan.""Ya..sweet and sour memang tiga rasa la coz ada rasa masam, manis dan masin" jawab saya. Lalu amoi tersebut menerangkan sebelum ini ada beberapa pelanggannya menyatakan sweet and sour tidak sama tiga rasa....lain manusia lain pemahamannya...


Thursday, October 28, 2010

sepetang di ladang kelapa sawit



Aku terkedu tanpa kata-kata melihat keluasan ladang kelapa sawit yang luasnya saujana mata memandang...terdetik di hati...siapa pemiliknya, jawab ku sendiri..."tentu dia orang kaya"...konsep dunia akhir zaman ini, yang kaya semakin kaya...yang miskin bertambah miskin...ironinya orang miskinlah menjadi duta kepada orang kaya untuk mendapat pahala. Apa-apa pun terima kasih kepada seseorang yg tanpa sengaja mengajak kami ke ladang tersebut...

monster fish - photo

monster fish

25 Oktober 2010....tiba di sri aman jam beberapa minit ke angka 8. Masuk ke pejabat **** Bahagian sambil menyandar keletihan. Tiba-tiba datang seseorang lalu menyatakan "ada bawa ikan 2 ekor untuk kamu berdua" saya dan kwn tidak faham siapa yang dimaksudkan dan kami saling pandang memandang di antara satu sama lain....bukan apa takut orang tu tersalah orang. Semasa perbincangan...baru teringat orang tersebut adalah salah seorang ahli JK. Sebaik selesai perbincangan...aktiviti breakfast bermula..tiba-tiba salah seorang kawan masuk membawa 2 ekor ikan yang tersangatlah besar...monster fish...saya memang suka astro channel 553 (selasa, 10:00pm..monster fish). Tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada orang tua tersebut...