Monday, May 23, 2011
Menunggu Bukan Suatu Perkara yang Mudah
Setiap kita mempunyai pengalaman dalam hal yang dinamakan 'menunggu'. Perkara menunggu boleh menimbulkan keresahan, bingung, tidak keruan, hilang sabar dan bermacam-macam lagi. Menunggu itu membawa pengertian yang besar dan benar-benar meresahkan dalam kehidupanku. Kerana sehingga kini penantian hampir memncecah 8 tahun itu seolah-olah tiada noktah dan tiada penghujung. Namun, aku tidak akan menyerah kalah sehingga sampai waktunya...............................................................
Tuesday, February 8, 2011
Pantai Mukah
Pertama kali kaki ini menjejak di bumu Mukah. Amat jelas sekali Mukah sedang membangun jika dibanding dengan bahagian-bahagian lain di negeri Sarawak.Muka bumi nya cantik kerana berdekatan dengan laut..hamparan Laut China Selatan. Namun, hamparan pasir di pantainya tidak begitu menarik>
Monday, January 24, 2011
3 Hari di Miri
![]() |
| Perjalanan balik dari Bandar Permyjaya |
![]() |
| Kpg Pujut, Tg Batu |
![]() |
| Imperial Palace Hotel...lobby |
Saturday, January 8, 2011
Kehidupan ini bukanlah suatu Kebetulan
Hari ini aku terfikir, apa yang terjadi dalam kehidupan semua insan yang bergelar manusiadi muka bumi ini bukanlah kebetulan. Apa yang berlaku mempunyai alasan tersendiri, terpulang kepada kita untuk menilainya..untuk belajar dari kesilapan, tidak berbuat apa-apa, putus asa atau berfikiran secara positif dan berusaha untuk memperbaikinya........
Tuesday, January 4, 2011
Kacamatan Badau
Perjalanan dari Lubok Antu (9.00 pagi) ke sempadan Indonesia terpaksa menempuh perjalanan yang sukar iaitu melalui jalan ladang kelapa sawit yang berbatu dan tidak rata.Jika jalan baik perjalanan hanya mengambil masa 20 minit. Tiba di sempadan Malaysia-Indonesia Barat..terus hati ini berdetik "ini jalan tikus rupanya". Menurut mereka, ada lebih kurang 5 jalan tikus di kawasan tersebut. Perjalanan dari sempadan ke Kacamatan Badau amat mencabar..memang pandai orang disini mengendalikan kenderaan. Jalan tanah merah, dalam suasana hujan renyai, lopak dan dikelilingi hutan, hanya orang yang ada pengalaman dapat membayangkannya. Tiba di Pekan Badau...suasana lain dan rupa orang disekitarnya pun lain..memang pada 'first impression' pastinya orang disini tuturnya Indonesia...tetapi tekaanku sama sekali salah..mereka bertutur Iban. Malah di kenderaan (lori) tertulis 'Age Igup age Ngelaban'....Tepat jam 11.30 tiba di Tangit Satu, iaitu kampung asal ibuku....suasana kampung yang jauh dari bandar, memang agak ketinggalan. Lalu aku terfikir..half of me is Indonesian.......
Subscribe to:
Posts (Atom)





