Tuesday, January 4, 2011

Kacamatan Badau





Perjalanan dari Lubok Antu (9.00 pagi) ke sempadan Indonesia terpaksa menempuh perjalanan yang sukar iaitu melalui jalan ladang kelapa sawit yang berbatu dan tidak rata.Jika jalan baik perjalanan hanya mengambil masa 20 minit. Tiba di sempadan Malaysia-Indonesia Barat..terus hati ini berdetik "ini jalan tikus rupanya". Menurut mereka, ada lebih kurang 5 jalan tikus di kawasan tersebut. Perjalanan dari sempadan ke Kacamatan Badau amat mencabar..memang pandai orang disini mengendalikan kenderaan. Jalan tanah merah, dalam suasana hujan renyai, lopak dan dikelilingi hutan, hanya orang yang ada pengalaman dapat membayangkannya. Tiba di Pekan Badau...suasana lain dan rupa orang disekitarnya pun lain..memang pada 'first impression' pastinya orang disini tuturnya Indonesia...tetapi tekaanku sama sekali salah..mereka bertutur Iban. Malah di kenderaan (lori) tertulis 'Age Igup age Ngelaban'....Tepat jam 11.30 tiba di Tangit Satu, iaitu kampung asal ibuku....suasana kampung yang jauh dari bandar, memang agak ketinggalan. Lalu aku terfikir..half of me is Indonesian.......

No comments:

Post a Comment